TOP
我的荣耀 开启荣耀之旅
Pengenalan
Beralih kepada menggunakan jam pintar dari jam tradisional bukan lah semudah yang disangka dan ini adalah pengalaman peribadi saya sendiri.
Beberapa tahun lalu, ketika jam pintar dilihat masih baru dipasaran, kami telah menggunakan jam pintar ini sebagai kegunaan harian dan apa yang kami dapat lihat adalah, ianya tidak terlalu praktikal memandangkan jangka hayat bateri yang tidak tahan lama dan harus dicaj setiap hari.
Walaubagaimanapun dengan kematangan teknologi, jam pintar kini mampu menawarkan jangka hayat yang luar biasa dengan satu pengecasan mampu bertahan sehingga 7-8 hari malah ada yang tahan sehingga 14 hari.
Kami telah diberikan peluang untuk mencuba HONOR MagicWatch 2 yang baru memasuki pasaran tempatan dan lebih menarik kami telah menerima varian Flax Brown yang hadir dengan tali jam kulit yang lebih premium namun dengan harga penjualan RM 749 sahaja (harga RM 50 lebih mahal berbanding versi biasa yang ditawarkan pada harga RM 699).
Reka Bentuk
HONOR MagicWatch 2 terdiri daripada 2 elemen penting iaitu rangka dan tali yang mana ianya adalah biasa pada jam pintar.
Kami telah diberikan unit bersaiz 46mm dengan tali yang diperbuat daripada kulit berwarna coklat.
Saiz 46mm bermaksud anda menerima ukur lilit kepala jam yang lebih besar yang juga hadir dengan skrin yang besar selain kapasiti bateri yang besar.
Rangka jam didalam reka bentuk bulat ini adalah keluli dengan dua butang besar disisi untuk navigasi antaramuka jam pintar ini.
Ukuran dimensi HONOR MagicWatch 2 saiz 46mm ini adalah 45.9 x 45.9 x 10.7mm dengan berat 41gram namun pemakaianya sepanjang hari adalah sangat selesa.
Bercakap mengenai tali jam, ianya dilihat diperbuat daripada kulit asli dan ianya juga mempunyai jahitan sepanjang tali jam ini.
Terdapat lubang yang membolehkan jam ini dipakai oleh semua orang tidak kira saiz tangan.
Skrin Paparan
HONOR MagicWatch 2 hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.39” yang sangat terang dan berwarna pada pendapat kami.
Panel skrin juga menyokong fungsi ‘always-on’ namun ini menyebabkan jangka hayat bateri 50% lebih rendah dan juga menyahaktifkan fungsi ‘raise to wake’.
Jam pintar dengan perekod kecergasan yang menyeluruh.
HONOR MagicWatch 2 hadir dengan satu bahagian kecergasan yang dikenali sebagai ‘workout’ yang mana ianya meliputi aktivit berlari, bersenam, mendaki, memanjat malah triathlon juga disenaraikan pada bahagian ini.
Walaupun sebagai jam pintar, HONOR telah memberikan perhatian khas pada bahagian kecergasan dan ianya termasuk penawaran kalis air sehingga kedalaman 50m.
Ketika anda sibuk melakukan aktiviti, HONOR MagicWatch 2 juga secara berterus merekod kadar degupan jantung anda selain jumlah kalori yang dibakar dan terdapat juga satu ciri yang boleh mengukur kadar tekanan atau ujian ‘stress test’.
HONOR MagicWatch 2 juga boleh menjawab panggilan pada jam dan terdapat pembesar suara yang lantang untuk anda berbual terus pada jam namun ianya nampak sedikit janggal.
Selain itu, anda juga akan menerima notifikasi dari pelbagai aplikasi permesejan yang dimuat turun pada telefon pintar namun anda hanya diberikan pilihan untuk melihat sahaja dan perlu membalas mesej tersebut melalui telefon pintar anda.
Bateri
HONOR MagicWatch 2 adalah satu jam yang mampu menawarkan jangka hayat bateri yang luar biasa iaitu dengan sentiasa dihubungkan kepada telefon pintar melalui sambungan Bluetooth.
Kami telah mengunakan HONOR MagicWatch 2 secara berterusan sehingga 12-14 hari tanpa melakukan sebarang pengecasan iaitu pada keadaan dimana sambungan kepada telefon pintar adalah sekitar 90% daripada jumlah hari itu.
Dengan kapasiti bateri yang besar, HONOR MagicWatch 2 dilihat mampu menawarkan sehingga 14 hari jangka hayat bateri namun jika anda melakukan lebih banyak aktiviti kecergasan, ianya mungkin tidak mampu bertahan untuk tempoh yang dijanjikan.
Untuk mengecas penuh HONOR MagicWatch 2 ini, anda hanya memerlukan masa sekitar 1 jam 20 minit iaitu dari tahap 0 ke 100%.
Perekod tidur yang komprehensif
HONOR MagicWatch 2 juga hadir dengan perekod tidur yang sangat komprehensif dengan membahagikan tidur anda kepada beberapa jenis tahap seperti Deep Sleep, Light Sleep REM Sleep dan juga kualiti pernafasan.
Penutup
HONOR MagicWatch 2 adalah sebuah jam pintar yang meliputi pelbagai aspek kecergasan yang menjadikanya sebuah jam yang pasti menarik minat pengguna yang aktif mahupun pengguna yang lebih gemar memakaian kerana gaya dan reka bentuk yang elegan.
Secara peribadi pada harga RM 749, HONOR MagicWatch 2 edisi Flax Brown adalah sesuatu yang patut anda miliki khusunya bagi pengguna Android namun harus kami tekankan disini bahawa ianya juga boleh digunakan bersama peranti iOS namun terdapat beberapa ciri yang mungkin hanya boleh dinikmati pada peranti Android atau HONOR.
Source: ULASAN
SUBSCRIPTION
I agree to receive the latest offers and information on HONOR products through email or IM (e.g. WhatsApp) provided below and advertisement on third-party platforms. I understand that I can unsubscribe anytime according to Chapter 5 of HONOR Platform Privacy Statement.
CONTACT
Honor Technology (Malaysia) Sdn Bhd
(Registration No.: 202101003804)
1800-88-5645
9:00 AM - 6:00 PM
Copyright © Honor Device Co., Ltd. 2020-2024. All rights reserved.
We use cookies and similar technologies to make our website work efficiently, as well as to analyze our website traffic and for advertising purposes.
By clicking on "Accept all cookies" you allow the storage of cookies on your device. For more information, take a look at our Cookie Policy.
Functional cookies are used to improve functionality and personalization, such as when playing videos or during live chats.
Analytical cookies provide information on how this site is used. This improves the user experience. The data collected is aggregated and made anonymous.
Advertising cookies provide information about user interactions with HONOR content. This helps us better understand the effectiveness of the content of our emails and our website.